Monday, June 30, 2008

Keluarga saya

Saya sungguh sayang kepada keluarga saya. Mereka sahajalah yang menasihati saya bila saya membuat perbuatan yang salah. Sebagai pelokek dan pemalas. Saya pun berasa sedih apabila mereka kurang sihat. Saya harus membantu mereka dan membawa mereka ke klinik. Kamu pun harus menjaga keluarga kamu supaya mereka sihat sentosa! Sebelum saya pergi ke sekolah, saya harus memberi mereka ubat dahulu. Saya berasa kasihan kerana di dalam kelas saya mengeluarkan air-mata saya. Kamu tahu tak yang keluarga kamu yang membesarkan kamu semua? Jadi kamu tidak boleh membuat mereka kecil hati! Apa rasa kamu kalau keluarga kamu sakit? Tanya sendiri.


Saya selalu menolong adik dan kakak saya mengemas rumah. Saya pun menolong bapa saya melipat baju yang baru sahaja kering berjemur. Apakah perasaan kamu terhadap keluarga kamu yang sakit?

Apakah yang saya sudah mempelajari tentang pelajaran?

Saya sudah mempelajari tentang Bahasa Melayu, Inggeris, Saints dan Art. Setiap kali saya belajar Bahasa Melayu, saya berasa seronok sekali! Kamu harus tahu bagaimanakah kita harus tekun belajar. Kita bernasib baik kerana kami dapat mempelajari banyak tentang yang kami belum lagi belajar. Cikgu Bahasa Melayu saya nama Cikgu Fauziah, Inggeris Cikgu saya ialah Miss Chia, Saints ialah Mrs Allen Losey, dia pun Cikgu Kelas saya. Art Cikgu saya pun Mrs Allen Losey. Saya rasa bersyukur kerana saya dapat banyak pelajaran daripada mereka.



Saya menyukai semua subjek kerana saya boleh mendapati idea yang terbaik untuk peperiksaan saya. Kami harus bijak untuk belajar supaya keluarga kami bangga kepada kita. Markah Bahasa Melayu saya sungguh cemerlang dari yang dulu. Saya harap kamu pun boleh belajar dengan kebijaksanaan awak.

Sunday, June 29, 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran saya ialah menyanyi. Kamu juga pasti gemar menyanyi. Siti Nurhaliza pasti gemar menyanyi kerana dia sudah menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Ha, mesti kamu tahu siapa Siti Nurhaliza kan? Nak tahu kenapa saya suka menyanyi? Saya mula menyanyi ketika saya berumur 7 tahun. Kegemaran lagu saya ialah 'Aku Bukan Boneka' daripada Rini Idol. Setiap kali saya menyanyi sekarang, saya akan teringat pada masa saya menyanyi waktu kecil dahulu. Harap-haraplah saya boleh menjadi penyanyi yang terkenal seperti Rini Idol.

Saya menggemari muzik hip hop. Saya suka menyanyi sambil berjoget. Ada orang yang tidak menggemari muzik jenis hip hop kerana ada unsur-unsur keganasan. Apa pendapat kamu?