Sunday, June 29, 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran saya ialah menyanyi. Kamu juga pasti gemar menyanyi. Siti Nurhaliza pasti gemar menyanyi kerana dia sudah menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Ha, mesti kamu tahu siapa Siti Nurhaliza kan? Nak tahu kenapa saya suka menyanyi? Saya mula menyanyi ketika saya berumur 7 tahun. Kegemaran lagu saya ialah 'Aku Bukan Boneka' daripada Rini Idol. Setiap kali saya menyanyi sekarang, saya akan teringat pada masa saya menyanyi waktu kecil dahulu. Harap-haraplah saya boleh menjadi penyanyi yang terkenal seperti Rini Idol.

Saya menggemari muzik hip hop. Saya suka menyanyi sambil berjoget. Ada orang yang tidak menggemari muzik jenis hip hop kerana ada unsur-unsur keganasan. Apa pendapat kamu?

No comments: